Juvana Kutip RM 1.7 Juta Selepas 4 Hari Ditayangkan!

[한글요약]
2012년 국내영화의 집계된 숫자에 대해 많은 사람들이 한숨을 쉬고 있다. 그러나 운명은
Juvana를 본다(?).
TV 시리즈에서 속편으로 나온 Juvana는 1월 24일 이후로 영화로 들어와 지금 이 기사가 쓰여지는 순간에도 개봉 4일만에 170만RM을 집계기록했다.
말레이시아의 전가까운 영화관에서 상영되는 Juvana는 브루나이에서도, 2013년에 열린 영화제에서도 관객들의 관심을 받았다.
Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip와 같은 유명한 배우들이 등장하는 Juvana는 액션 장르로서 분류된다.
(줄거리 어쩌구~)
Juvana를 본후 관객들이 Facebook이나 Twitter를 통해서 긍정적인 코멘트를 남기고 있다.
KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Dalam pada ramai pihak mengeluh mengenai jumlah kutipan
filem tempatan yang dianggap sebagai kurang memberangsangkansepanjang 2012. namun nasib nampaknya telah menyebelahi filem arahan Faisal Ishak, Juvana.
Filem kesinambungan daripada siri televisyen dengan judul sama, Juvana itu telah memasuki pawagam semenjak 24 Januari lalu dan telah mencatatkan kutipan RM 1.7 juta dalam masa empat hari ia ditayangan iaitu ketika artikel ini ditulis.
Ditayangkan di hampir seluruh panggung di Malaysia, Juvana turut mendapat sambutan di Brunei dan menjadi filem pembuka tirai 2013 yang berjaya menarik penonton filem Melqayu tempatan untuk mengunjungi panggung.
Dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip, Juvana diklasifikasikan sebagai filem bergenre aksi mengenai remaja di sebuah sekolah pemulihan akhlak.
Watak yang sinonim dengan siri Juvana sebelum ini iaitu Botak, Daim dan ramai lagi seperti Apek, Ayam, Kicap, Komeng, dan Panjang ditampilkan semula dengan tambahan watak Lan Todak lakonan Sharnaaz Ahmad. Jalan cerita Juvana dimulakan dengan Daim yang telah dibebaskan cuba
memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.
Berdasarkan maklum balas dan komen yang diberikan para penonton, ramai yang berpuas hati dengan memberi komen positif selepas menonton menerusi laman sosial Facebook dan Twitter. Juvana dilihat sebagai sebuah filem yang berkualiti dan bukanlah sekadar sebuah filem aksi semata-mata yang memaparkan kisah kenakalan pelajar Juvana tetapi ianya mengandungi elemen komedi dan motivasi yang boleh memberi pengajaran buat penonton.
"Ramai yang bertanya tentang sekuel filem Juvana selepas menonton di pawagam, bagi kami segalanya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu. Sekiranya sambutan bagus, mungkin akan ada sekuel Juvana. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton," komen daripada penerbit Juvana, Khabir Bhatia setelah ramai yang mengusulkan supaya dihasilkan sekuel untuk filem ini.
Filem ini terus mendapat sambutan dan promosi terus giat dijalankan untuk memastikan peminat filem tempatan akan menyokong filem Juvana yang digarap dalam genre aksi dan dalam masa yang sama menyelitkan mesej yang amat berguna untuk tontonan umum.
댓글 없음:
댓글 쓰기